Pageviews

Saturday 2 March 2013

Coffee and Pasta

Assalamualaikum...

Jom tenangkan otak dgn Coffee and Pasta...
(^_^)



1.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas dan GPS. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


2.
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya  selama tiga bulan.


3.
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


4.
Tahukah Anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


5.
Tahukah Anda membuat tahu sumabat sungguh meletihkan.Lebih letih lagi kalau orang lain yang tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.


6.
Tahukah Anda Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat lesen P sebab baru diperkenalkan.Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L.Tapi Allahyarham A.Ramli tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.


7.
Tahukah Anda menurut kajian ahli sains, secara puratanya kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang bisu sejak kecil, secara puratanya dia tidak boleh bercakap seumur hidup.


= SEMOGA TERHIBUR =

            (^_^)









* kalu tak best pun buat2 gelak pun boleh

No comments:

Post a Comment