Pageviews

Thursday 26 September 2013

Universiti Malaya

Assalamualaikum...

Hari nie...
Jumaat 27/09/13...
merupakan last day aku kat Universiti Malaya(UM)...
banyak kenangan aku kat sini...
n ramai giler mmbr aku kat sini...
kepada semua mmbr aku kat UM yang banyak membantu aku sepanjang aku kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih...
kepada yang banyak nasihat aku untuk jangan berhenti aku nak ucapkan terima kasih yang teramat...
nasihat yang korang bagi memang berguna tapi aku nie jenis suka ikut kepala sendiri sorry...
tapi nasihat korang aku ingat sampai bila-bila insyaALLAH...
aku tak kan lupa kan korang semua...
aku sayang korang sangat-sangat...
UM nie memang U terbaik tapi aku je yang tak berapa nak baik...




*doa kan kebahagianan aku

Wednesday 25 September 2013

AyaQ SejuK...

Kelebihan


  1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. 
  2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 
  3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.. 
  4. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. 
  5. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 
  6. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 
  7. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. 
  8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan
  9. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 
  10. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. 
  11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 
  12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. 
  13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. 
  14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 
  15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. 
  16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi
  17. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. 
  18. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. 
  19. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.. 
  20. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. 
  21. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. 
  22. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. 
  23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya
  24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. 
  25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. 
  26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. 
  27. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. 
  28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Keburukan


Serangan Jantung

Sememangnya sedap minum air berais selepas makan. Walaubagaimanapun, ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai penyakit. Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air panas/suam selepas makan.

*Nota penting tentang serangan jantung*

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.







*sumber http://kira-astech.blogspot.com
kawan baik time matrik 

Monday 23 September 2013

CepatLah

Assalamualikum...

aku harap sangat permohonan aku diselesaikan dalam minggu ini jugak...
tak sanggup aku nak tumpang bilik orang lama2...
kan dia orang kate ape pulak nanti...
dah lah aku duduk FREE...

kalau semuanya selesai awal...
alhamdullilah...
kurang sikit serabut kepala otak aku nie...
boleh aku focus benda lain pulak...



*(^_^)

Sunday 15 September 2013

TERIMA KASIH

Assalamualikum...

terima kasih yang teramat sangat kat my mom n my dad...
dia orang amat memahami aku...
biar pun pada mulanya aku taknak bagi tahu dia orang...
tapi sebagai seorang anak aku rasa serba salah...
kalu tak bagi tahu aku terpaksa menipu...
kalu bagi tahu aku rasa aku anak yang tak berguna...

cukup lah selama ini aku pendam...
aku tak nak dia orang kecewa kalu tahu dari orang lain...
so...
aku nekat untuk bagi tahu...
alhamdullilah dia orang dapat terima keputusan aku ni...

(mintak maaf sangat-sangat kalu kakpi tak dapat bagi apa yang mama n abah harap kan dari kakpi...
mungkin kakpi tak dalam pelajaran...
kakpi akan buktikan kakpi boleh berjaya dalam bidang lain...
kakpi sayang mama n abah...
biarlah orang nak cakap apa pasal kakpi...
kakpi redha...
mulut orng kita tak boleh nak tutup...
tapi yakinlah ALLAH selalu ada untuk kita...)



*sayang mama n abah
(^_^)

Wednesday 11 September 2013

cer citer...

Assalamualaikum...

hari ini jumaat bersamaan 6 september 2013...
2 benda yang bermakna dalam hidup aku...

1.hari ini birthday my mom...
2.pengiktifrafan RSS di DTC



*bru nak post

Salam Khamis

Assalamualikum n gud morning...

ari nie khamis brsamaan 12/09/13
hari yg agak mengelirukan diri sndri...
semua masalah bercampur dlm otak...
x leh nak pikir secara waras...
mood x brpe nak elok...



*xde motif
o_0

Monday 2 September 2013

20 sen

Assalamualikum...

Malaysia digembarkan dengan berita kenaikan harga minyak...
Harga minyak petrol RON 95 dan minyak Diesel naik sebanyak 20 sen bermula pada 12:01 tengah malam (03/09//13)...
Status Facebook banyak menceritakan mengenai kenaikan minyak...
Pelbagai keluhan yang disuarakan oleh rakyat Malaysia di facebook mereka...

Antara perkara yang terdapat di Faebook...(Ctrl + C and Ctrl + V)

1 liter minyak petrol == 10-11KM == RM2.10

jika jarak perjalan dari tmpat kerja 10KM == 2.10X2 == RM4.20
rumah dgn sekolah 3KM == 0.63X2 == RM1.26
jumlah untuk sebulan RM163.80

jika sebulan sekali balik ke kmpung jarak 80KM == 2.10X8X2 == RM33.60
purata jumlah yg terkumpul untuk sebulan == RM197.4(tidak termasuk kegunaan lain)

p/s : ini kenderaan yg jimat minyak.. klau jnis yg x jimat x tahu lerr... haha

Me : Ayah ! minyak naik HAHAH
Ayah : tula, takleh dah la angah nak jalan2 guna keta.
Me : ha? *menyesal pla g thu ...

~ minyok naik sokmo, hujan jh truN ~

#siapa yang harus dipersalahkan??

minyak naik?
emm ptptn kan adooooo.. 

Petrol naik harga? Hmmm. Syukur rosmah masih menawan.

kalau diriku jadi PM...ku naikkan RM1 terus, lepas tu 30 tahun tak naik dan orang tak komplen . At least lama lah juga nak mananti komplen seterusnya . Ok tak idea tu. kalau rakyat nak mengamuk pun sekali je lah. lepas tu 30 tahun diaorang akan puji minyak tak naik.

minyak naik 0.20 sen.....lopeh ni nasik lomak pun duo inggit le jwbnye...

memey minyak naik 20sen jah...pah mung isi minyok seliter jah ko?? gom parok demo pon.

minyok naik d0h..apo2 hal isi penuh minyok male nih..

Petua jimat minyak kereta :

1. Lepas solat subuh, sebelum
start engine kereta, baca Al-Fatihah & niat utk sedekahkan kepada kedua ibu bapa.

2. Panaskan engine. Biarkan dalam 10 minit.

3. Sebelum matikan engine, bacalah 3 Qul sebanyak 7 kali.

4. Matikan engine kereta.

5. Lepas tu start motor dan terus pergi kerja. Insya'Allah, jimat minyak keta kita...

Selamat mencuba ....
Damai Malaysiaku

moto saya tak guna minyak tapi guna air... lol

Kalu nak post semua kat sini memang banyak lah kan...
Nie antara yang tedapat di facebook...
Bagi saya terimah jelah dengan hati yang terbuka...
Asalkan Malaysia kekal aman sudah..
Sebab...
Untuk keamanan Malaysia tidak ternilai...



*SELAMAT MENYAMBUT KEMERDAKAAN KE-56...
(^_^)